Institut Alam Sekitar & Pembangunan 

ADVANCED SUSTAINABILITY SCIENCE

This course aims to provide in depth detail and application of sustainability science concept through five topics that are: a) ecosystem dynamics, change and complexity; b) governance for sustainability; c) environmental health; d) stakeholder participation; and e) science and policy interphase. In this course, critical discussion is encouraged among students, as one of the platforms to direct thinking in translating manifestation of sustainability science concept towards achieving sustainable development.

Kursus ini akan memberi penjelasan lebih lanjut dan aplikasi konsep sains kelestarian menerusi lima topik iaitu; a) kedinamikan, perubahan dan kompleksiti ekosistem; b) governans kelestarian; c) cabaran kesihatan persekitaran; d) penglibatan pihak berkepentingan; dan e) hubungkait antara sains dan proses pembentukan dasar. Kursus ini juga menyediakan pentas wacana untuk memacukan pemikiran dan menzahirkan penghayatan sains kelestarian ke arah pembangunan lestari.
METODOLOGI PENYELIDIKAN/ RESEARCH METHODOLOGY Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada perspektif yang berbeza tentang proses penyelidikan, kaedah pengumpulan dan penggunaan data secara berkesan semasa perjalanan penyelidikan. Tumpuan akan diberikan kepada pencapaian kefahaman sempurna tentang prinsip penyelidikan untuk membolehkan pelajar menyediakan cadangan penyelidikan yang bermutu. Pelajar akan didedahkan kepada ciri-ciri dan asas pemikiran dan penulisan secara ilmiah. Selain itu, pelajar juga akan diperkenalkan kepelbagaian kaedah penyelidikan seperti temuabual intensif, survei dan kerja lapangan, serta kaedah analitik yang akan membolehkan pelajar menganalisis data secara kuantitatif dan kualitatif serta melaporkan hasil kajian secara ilmiah. This course will introduce students to the different perspectives regarding the process of research, methodology of gathering data as well as effective use of data in research project. The focus is to equip students with an overall understanding of research principles in their effort to prepare a sound research proposal. Students will be exposed to the nature of academic thinking and writing as well as the requirements of academic writings. Besides, students will be introduced to various research methods such as intensive interview, survey and fieldwork, as well as various analytical tools used in qualitative and quantitative analyses.